2 Cara Simple Menghasilkan Iklan Berkualiti Di Google

2 Cara Simple Menghasilkan Iklan Berkualiti Di Google

2 Tips Menulis Iklan (Ad Copy) Yang Bagus Di Google Ads.

 

Google hari ini terlibat dengan pelbagai bidang industri. Dari penyedia enjin carian percuma, pemilik sistem operasi telefon bimbit terkenal, Android, hinggalah kini sedang membangunkan teknologi kereta pandu sendiri (self-driving).

Namun, di dalam hati Google, mereka memiliki sejarah yang mendalam di dalam bidang pengiklanan digital. Malah, beberapa tahun yang lalu, saya membaca bahawa 97% dari pendapatan google datang dari sektor model bisnes pengiklanannya.

 

Anda menjalankan pengiklanan di Google atau Facebook, persaingan sangat sengit bukan? Saya sendiri melaluinya setiap hari, kebiasaannya saya melihat antara 5 hingga 7 iklan berbayar di setiap halaman Google search results. Persoalannya, bagaimana kita ingin merebut perhatian prospek supaya melihat iklan kita.

 

Di dalam Google Ads, kita hanya mempunyai 2 matlamat. Memastikan prospek memberi perhatian atau melihat iklan kita, dan seterusnya menulis ad copy yang dapat membuat pembaca yakin dan berminat untuk klik pada iklan, kemudian dibawa ke laman web kita. Terdapat beberapa tips ringkas dan mudah dilaksanakan, untuk seorang penulis iklan (copywriter).

 

Tips #1

Tulis Lebih Dari Satu Iklan

Penjelasan untuk ini sangat mudah. Kita tidak tahu sama ada satu iklan yang kita tulis adalah yang terbaik, selagi kita tidak membandingan dengan iklan lain yang kita tulis. Di dalam mana-mana sesi kelas anjuran Persuade Growth, saya sentiasa meminta peserta menulis 3 iklan berbeza di dalam setiap ad group.

Supaya kita dapat membandingkan iklan mana yang memberikan hasil lebih baik antara satu sama lain. Di dalam dunia pemasaran digital, proses ini digelar split test atau A/B testing.

Perkara biasa akan dihadapi ketika hendak menulis tiga iklan berbeza ialah masalah writer’s block, iaitu kehabisan idea untuk menulis iklan baru. Ini tips tambahan untuk atasi masalah ini.

 

Iklan pertama menulis mengenai apa yang pembaca akan dapat (what’s in it for me), membincangkan mengenai nilai yang kita dapat berikan, dan hasil yang pembeli akan rasai dari produk/servis yang kita tawarkan.

Iklan kedua menulis mengenai produk atau servis yang ditawarkan secara spesifik. Contohnya jika anda menjual printer, nyatakan nama model, dan fungsi-fungsi yang boleh dijalankan seperti print-scan-copy.

Nyatakan ‘pain-point’ penting yang anda ingin selesaikan. Supaya pembaca iklan jenis ini faham dengan jelas apa yang anda tawarkan.

google ads

Iklan ketiga pula ialah peluang untuk anda menjadi kreatif dan menulis apa-apa dari sudut yang berbeza dari 2 iklan sebelum ini. Mungkin boleh menulis iklan dari perspektif emosi, perasaan yang pembaca akan dapat melalui produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Kita boleh mengambil contoh iklan dari jenama tempatan, Telekung Siti Khadijah yang mengetengahkan emosi kasih saying anak kepada ibu, atau jenama antarabangsa Coke yang menunjukkan emosi gembira (happiness) di dalam semua iklannya, mahupun jenama KFC yang mengutamakan emosi kegembiraan bersama keluarga ketika menikmati ayam goreng KFC.

 

Tips #2

Gunakan Power Words Di Dalam Iklan

Power words ialah perkataan yang seorang penulis iklan akan gunakan untuk mencetuskan tindak balas psikologi atau emosi. Power words tidak hanya digunakan oleh penulis iklan, ia turut digunakan di dalam proses jualan, seminar perniagaan atau motivasi, malah ahli politik juga sering meenggunakan power words di dalam ucapannya.

Dipanggil “power words” kerana ia bersifat persuasive membuat pembaca tidak dapat menahan dari dipengaruhi oleh tulisan tersebut.

 

Secara mudah, power words ialah perkataan yang mampu menimbulkan perasaan berikut:

  • Ketamakan (contoh, Jimat Besar, Ini Tawaran Terakhir, Potongan Harga Besar-Besaran)
  • Takut Ketinggalan (contoh, Untuk Ahli Sahaja, Jadi Yang Terawal, Hanya Melalui Jemputan)
  • Keinginan / Rasa Ingin Tahu (contoh, Tidak Pernah Terjadi, Hasil Luar Biasa)
  • Kemarahan
  • Terlarang
  • Galakan

Dan apa-apa perkataan lain untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk menimbulkan emosi dalam pembaca anda.

 

Saya akan berkongsi lagi tips-tips ringkas berkaitan dunia pemasaran digital melalui artikel seterusnya. Matlamat saya supaya tips yang dikongsikan adalah pendek, mudah dan anda boleh terus laksanakan ke dalam perniagaan anda, seterusnya menambah baik hasil usaha pemasaran digital anda.

 

Fazrul Izwan Mahmud, Persuade Growth™
Accredited Google Partners Malaysia

Leave a Reply

Close Menu