Tip Iklan Di Google : Mengesan Ketirisan Kos Iklan

Tip Iklan Di Google : Spend kos iklan banyak, jualan pun banyak. Benarkah begitu?

Ramai pemilik bisnes yang saya temui memegang tanggapan dan mempunyai mindset seperti ini. Mempercayai bahawa semakin banyak wang yang mereka letakkan ke pengiklanan (biasanya dipanggil A&P budget), semakin tinggi pulangan hasil jualan dari kempen pemasaran tersebut.

Konsep seperti ini salah sama sekali. Kerana wang bukan faktor utama di dalam mencapai pulangan jualan yang baik. Banyak pemboleh ubah yang terlibat, seperti jenis sektor industri yang anda terlibat, dan tahap awareness pengguna terhadap jenama anda.

Untuk mereka yang biasa menjalankan pengiklanan berbayar di platform Google Ads. Anda tentu telah mengetahui bahawa Google mengamalkan konsep auction & bidding untuk menjual ruang iklan di halaman keputusan carian Google (Google search results).

Melalui konsep ini, kita bersaing bagi mendapatkan tempat/placement untuk iklan kita keluar di halaman Google. Hasil dari auction & bidding ini, sudah tentulah kita perlu membayar untuk ruang iklan yang kita menangi tersebut.

Adakah dengan membelanjakan wang yang banyak untuk membeli ruang iklan ini, semestinya jualan saya juga dijamin banyak. Semestinya tidak kan? Kerana jika iklan saya keluar di keyword yang tidak berkaitan, pasti tiada siapa yang berminat membeli. Oleh itu, jualan hanya akan terhasil apabila iklan kita keluar di carian yang releven sahaja. Kata kunci utama di sini ialah RELEVANCY.

Tip Iklan Di Google kali ini akan mengutarakan isu..

Di Mana Kos Iklan Dibelanjakan? Pantau Melalui “Search Terms Report”

Google Ads telah lama memperkenalkan satu fungsi yang sangat penting di panggil Search Terms Report. Contohnya sepanjang minggu ini, iklan anda keluar di carian google dan telah di-klik berjumlah 100 kali oleh prospek yang berminat.

Melalui search term report ini, google akan menunjukkan secara tepat kepada anda, di terma carian apa iklan anda keluar dan di klik. Bermakna anda akan dapat senarai carian-carian tersebut.

Untuk memudahkan pemahaman, cuba kita lihat contoh berikut.

Anda buat iklan dan target keyword “TUDUNG BAWAL”.

Prospek pertama search TUDUNG BAWAL MURAH

Prospek kedua search PROMOSI TUDUNG BAWAL

Prospek ketiga search TUDUNG BAWAL EXCLUSIVE

Prospek keempat search SCAMMER JUAL TUDUNG BAWAL

Keempat-empat mereka melihat iklan anda, dan kemudian klik iklan anda. Oleh itu, search term report anda akan menunjukkan seperti ini:

TUDUNG BAWAL MURAH

PROMOSI TUDUNG BAWAL

TUDUNG BAWAL EXCLUSIVE

SCAMMER JUAL TUDUNG BAWAL

Ini bermakna iklan anda telah bayar untuk iklan di-klik sebanyak 4 kali kan?

Sedarkah anda hanya tiga daripada empat sahaja search terms tersebut adalah relevan. Dan anda telah melakukan pembaziran untuk search term SCAMMER JUAL TUDUNG BAWAL kerana search term ini langsung tidak sesuai untuk perniagaan tudung bawal anda.

Di sini lah pentingnya untuk kita pantau Search Terms Report kita secara berkala dan kerap, kebiasaannya saya akan berusaha menyemak search term akaun-akaun yang saya uruskan sekurangnya satu kali setiap minggu.

Setiap wang yang dibayar kepada Google Ads adalah pelaburan, dan sebagai pemilik perniagaan kita berharap pelaburan kira memberi pulangan dalam bentuk jualan. Oleh itu, pantaulah di mana pelaburan (kos iklan) anda di gunakan melalui fungsi “Search Terms Report”.

Di dalam bidang pengiklanan, kami berpegang kepada konsep “advertising effectiveness”. Ini bermaksud, setiap kempen yang dijalankan telah mempunyai matlamat/objective dari sebelum ia dimulakan lagi.

Dan pengiklan/marketer akan berusaha menjalankan kempen pemasaran sebaik mungkin bagi mencapai atau semakin menghampiri matlamat kempen tersebut. Sebab itu tidak penting berapa banyak anda belanjakan ke kempen pemasaran. Soalan sebenar yang patut ditanya ialah, apakah tahap “effectiveness” kempen pemasaran anda?

 

Fazrul Izwan Mahmud, Persuade Growth™
Accredited Google Partners Malaysia

Leave a Reply

Close Menu