Betulkah Google Ads Tu Susah?

Betulkah Google Ads Tu Susah?

Susah benarkah google ads?

Tak susah mana pun, fundemental untuk memahami psikologi keyword pun secara mudahnya mengambil masa 2-3 bulan untuk difahami

Apabila anda telah mengetahui asas ini, anda akan dapat memahami keyword apa yang mempunyi carian tinggi per bulan dimana dengan mudahnya anda akan menarik audience-audience yang menaip keyword yang sama untuk dijadikan sebagai bakal pelanggan atau prospek anda melalui

 

Headline Search Ads.

Kami ingin kongsikan gambaran mudah bagaimana pull marketing di google ads berfungsi. Sesiapa sahaja yang membaca artikel ini pernah melalui zaman kanak-kanak. Setiap pagi Isnin akan diadakan perhimpuan murid-murid sekolah.

Tidak kira samada sekolah rendah atau sekolah menegah.

Situasi manusia berhimpun sudah menjadi sinonim dalam kehidupan manusia. Samada di sekolah, pasar malam, majlis-majlis ilmu, majlis kenduri kendara, taman rekrasi atau yang seumpamanya.

Perhimpunan disini boleh dibahagikan kepada 2 jenis;

  1. Perhimpuan atas sebab diarahkan.
  2. Perhimpunan atas sebab suka-suka.

 

Kaedah menarik crowd atau audience, adalah valid digunakan pada kedua-dua jenis perhimpunan ini.

“Siapa yang mempunyai perkataan ‘Ahmad’ didalam nama penuhnya? Sila tampil kehadapan”
“Siapa yang mempunyai perktaan ‘Siew’ di dalam nama penuhnya, Sila tampil kehadapan”

“Sesiapa yang meminati minuman susu coklat? sila kekanan”
“Sesiapa yang meminati pisang goreng? sila ke kiri”

“Sesiapa yang sakit lutut? Sila lawat web saya”
“Sesiapa yang alami gastrik, Anda mahukah ubatnya?”

 

Adakah anda nampak jelas betapa mudahnya memanggil sasaran yang tepat dengan tawaran yang anda sediakan?

Di google, kesemua maklumat yang diminati dan dicari manusia ada di rekodkan didalam enjin carian tersebut.

Tugas pengiklan hanyalah mengesan berapa banyak volume ‘perhimpunan’ (carian) yang ditaip oleh audience di dalam kotak “google” tersebut untuk jangkamasa 30 hari yang terkini sehingga 5 tahun kebelakang.

 

Berapa ramai audience bulan ini yang berminat dengan bola sepak?

google ads

Hmm nampaknya tiada masalah nak tulis headline iklan, anggaran sebulan pun 5400 orang yang taip perkataan ni di “search” box

“Tshirt penyokong negeri murah gile, sila ke web ini”

 

 

So.. google ads senang je kan? Celah gigi je.

5 tahun google menyimpan data carian kita semua. Tak mustahil 1 produk pun tidak boleh terjual.

Termasuklah contoh-contoh penyakit, hobi, makanan, kereta etc. Selain contoh seperti yang telah kami kongsikan diatas.

 

Sehingga ketemu di posting lain. Sekian dari kami Persuade Growth PLT, digital marketing agency malaysia.

Sekiranya ada pertanyaan, sila komen dibawah.

 

Ahmad Riezal, Persuade Growth™
Accredited Google Partners Malaysia

Leave a Reply

Close Menu