Bajet Digital Marketing Yang Sesuai Dengan Pemilik SME

Bajet Digital Marketing Yang Sesuai Dengan Pemilik SME

Bagaimana menentukan bajet digital marketing yang sesuai untuk pemilik SME di Malaysia?

 

Sekiranya diperhalusi, persoalan itu boleh diubah menjadi,

“Bagaimana dengan sekecil-kecil bajet marketing serendah RM10 sehari mampu memberikan sales kepada anda dan seterusnya membesar sehingga mampu beroleh keuntungan bersih setelah ditolak cukai pencapatan gaji seorang boss dan cukai pendapatan gaji staff ?”

Amacam? Nampak lebih menarik dan teruja bukan ?

Itulah point utama perkongsian ini diterbitkan kerana kami telah bergelut melalui pelbagai masalah ragam pemilik bisnes yang berurusan dengan kami dan seterusnya menjadi tanda aras bagi kami sebagai agensi pemasaran yang diakreditasi sepenuhnya oleh Google supaya kami boleh membantu SME khususnya di Malaysia mengembangkan perniagaan dengan kaedah digital marketing samada di dalam atau luar negara.

 

Persoalan yang diajukan diatas akan kami perincikan siri demi siri.

Membina bisnes bukankan semudah yang di sangkakan seperti yang selalu kita dengan diluar sana. Sekiranya membina bisnes itu mudah, dah ramai  pemilik-pemilik SME kaya raya dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat di luar sana.

Kami akan berkongsi jus-jus yang enak, sedap diteguk dan jus-jus minuman yang tak sedap di tekak. Bahasa mudahnya ialah realiti perniagaan sebenar.

 

Sebelum anda menghadam perkara asas yang akan kami kongsikan selepas ini. Ingin kami maklumkan bahawa.

Segala yang bakal dikongsikan didalam artikel ini dan dan artikel akan datang adalah menjurus kepada perniagaan jangka masa panjang di mana kebanyakan daripada pemilik-pemilik SME tersilap langkah sejak awal-awal lagi memulakan perniagaan dan akhirnya semput & pancit di tengah jalan.

Baru mula 1~3 bulan, secara tiba-tiba terus menutup perniagaan akibat duit yang terbang entah kemana tidak kembali ke pangkuan. Bukannya duit tersebut semakin bertambah tetapi semakin menyusut.

 

Stage pertama

Identify / Mengenalpasti pasaran.

Peringkat awal ialah pringkat yang kritikal sebenarnya tetapi selalu diambil mudah sambil lewa dan kebanyakannya membuat keputusan tidak bijak yang secara normalnya berakhir dengan kerugian. Al maklumlah kilang-kilang oem pula yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan akibat penangan gelombang digital marketing di Malaysia.

Perniagaan-jual beli-bisnes-buat duit-side income, anda boleh namakannya apa saja kerana secara asasnya ia melibatkan pertukaran wang diantara produk/servis/nilai/jaminan yang bakal anda tawarkan. Semua orang tahu kerana ianya jelas.

 

“Tetapi bagaimana mahu mengenal pasti produk/servis/jaminan yang ditawarkan itu menjadi rebutan prospek yang akan membeli dengan kita secara berulangkali dan seterusnya aliran kewangan yang positif  hasil transaksi tersebut mampu membantu anda membayar cukai, gaji boss & gaji staff yang akan mengurus kesemua bisnes anda?”

Amacam? Tajuk mengenal pasti pasaran stage 1 ini pun sudah membuat anda teruja untuk mengetahui lebih dalam.

Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati sekalian. Maaf kami katakan, kami terpaksa mengulas secara panjang lebar dengan mengambil iktibar dari pelbagai pengalaman yang sudah kami lalui dan kami mahu anda betul-betul hadam dengan perkongsian yang kami sampaikan.

 

Dalam bisnes, kita tak boleh tergopoh gapah. 2019 zaman persaingan sengit oleh pelbagai kategori perniagaan , servis & produk.

 

Setiap langkah wajib tersusun agar masa & wang tidak terbazir dengan banyak.

“Jika tersilap, memilih pasaran yang telah banyak di dominasi oleh ramai pemain bisnes. Kebarangkalian harapan anda untuk mampu membayar gaji seorang staff adalah nipis. Mungkin gaji sendiri pun kita tidak mampu nak bayar.”

Anda yang berumur setahun jagung, baru mahu memasuki pasaran yang penuh dengan persaingan sengit. Pesaing bunuh harga tetapi tetapi bisnesnya tetap untung kerana di ‘backup’ oleh bisnes yang lain.

 

Manakala anda hanya semata-mata single product/servis mau ikut bunuh harga juga?

Anda cukup bijak untuk menilai kenyataan pahit diatas.

 

“Bagaimana nak pilih pasaran yang sesuai?”

Jawapan mudah yang dapat kami berikan ialah “EVERGREEN MARKET”

 

evergreen market

 

Apakah maksud evergreen market?

Jawapan : Pasaran yang sentiasa mempunyai permintaan, samada kategori produk fizikal atau servis.

 

Contoh 1 : tukang paip, workshop bawah pokok, servis tukar tiub motor, servis potong rumput, penghantar makanan, penghantar surat lawyer, servis mencuci longkang atau mobile mekanik.

 

Contoh 2 : produk personal care wanita, produk berasaskan hobi, peralatan aksesori tanaman, menjaga kebun bunga, personal driver, personal runner..ehh banyak lagi idea luar batasan yang masih halalan toyiban boleh difikirkan.

 

Kenapa kami sarankan idea perniagaan yang nampak semacam pelik seperti diatas?

Apakah anda tahu pelanggan jenis bagaimana yang sanggup membayar dengan harga tinggi tanpa mengikut harga pasaran seperti diatas?

Apakah anda terfikir berapa kali repetition sales yang bakal terjadi sekiranya contoh-contoh bisnes diatas di laksanakan?

Apakah anda terfikir bagaimana repetition sales tersebut mampu membuatkan anda menggajikan seorang staff?

 

Jangan marah, kami tidak kedekut berkongsi idea bisnes-bisnes simple tetapi mahal. Anda patut marah kepada diri sendiri kerana tidak mampu melaksanakannya.

Apakah anda telah dapat sesuatu disini?

 

Cukup setakat ini artikel pengenalan yang berkisar mengenai bajet digital marketing siri satu. Anda boleh tanya dan kami sudi menjawab di ruang komen dibawah.

 

Ahmad Riezal, Persuade Growth™
Accredited Google Partners Malaysia

Leave a Reply

Close Menu